Tuesday, November 9, 2010

Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet - Kalau Berpacaran (LIVE)

Kalau Berpacaran....

Salam kepada semua peminat dan pengikut setia onrstudio.blogspot.com. Sudah lama rasanya jari jemari ini tidak menaip keyboard menghasilkan khabar berita kepada anda. Maklumlah, sibuk dengan pelbagai urusan katanya. Harap maaflah andai ada kesulitan.

Baiklah, ini ada satu cerita mengenai artis veteran ni.. Ishhh ni bukan gosip bro.. Saja je cerita-cerita borak kan? Tapi aku sure lu semua dah tau pasal cerita ni. Uncle Suhaimi Mior Hassan ni selepas sekian lama mendiamkan diri baru muncul kembali dengan lagu yang menyengat. Nak jugak dengar lagu ni jamming dekat OnR Music Studio kita tu. Yeaaahhhh!!! Sekali sekala bagi lapang sikit itu minda....

Lirik yang simple namun irama lama yang sentiasa malar segar tidak kira zaman. Lagu Kalau berpacaran ini memang kena dengan sentuhan dan masanya.. Tapi, aku rasa macam kalau panjang sikit ok kot..


p/s : Singgahlah OnR Studio.. kita jamming...

Monday, October 25, 2010

VAN HALEN RARE-TRAMPLED UNDER FOOT

Lagu Van Halen yang tidak pernah di dengar!!!

Chris Gosset semalam sudah memuat naik gilerr banyak track atau musik Kumpulan Van Halen  di internet sepanjang karier kumpulan itu sejak 1976 hingga 2009. Korang mesti suka punyalah, sebab mesti ramai yang minat Van Halen ni kan?




Gosset meletakkan semua lagu-lagu yang tidak pernah di dengar itu online namun dia jugak letak lagu-lagu daripada himpunan "Tha Van Halen Circle" (termasuk Sammy Hagar, The Waboritas dan Chickenfoot). 


Ada jugak sesi jamming yang tidak pernah ditonton antaranya Eddie dan Roger Waters serta Patty Smyth. Dalam web ni, lagu yang dipaparkan hampir kesemuanya adalah 99 peratus lagu yang tidak pernah didengar wa cakap lu..



Paling latest pun daripada "New Van Halen" yang dipersembahkan dalam konsert oleh kumpulan itu sejak 2008 yang diadakan di Columbus, Ohio. 


Peminat, Van Halen.. apa lagi.. dengarlah lagu diaorang ni..


http://chrisgosset.com

Friday, October 22, 2010

kluang man by Ainan Tasneem.flv



Aduii.. sedap betul minah ni petik gitar kan? Inilah dia Ainan Tasneem.. Carilah ada page dia dalam Facebook. Haaa.. aku rasa ada baiknya juga aku kongsikan si dia ni punya kebolehan di sini.. hahaha yang ni Tasneem petik lagu Kluang Man.. layan je laa

Tuesday, October 19, 2010

OnR studio

Assalamualaikum to all jammers. Pihak OnR studio sangat terharu dan mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih diatas sokongan anda semua . Semasa "jamm session" dan re-branding studio serta logo lalu, kami ada mengwar-warkan kadar sewa studio terkini dan diskaun/members kad. Untuk makluman kepada jammers semua kadar baru kami adalah rm 28/= sejam. Manakala diskaun/members kad pula boleh dibeli dengan harga rm 10/=. keistimewaan nya adalah mendapat diskaun sebanyak rm 3/= untuk satu jam jamming, dan percuma satu jam setelah 10 jam jamm.

Tq, OnR Studio

"music is live"

Monday, October 18, 2010

Klik-klik kunjungan Man Kidal ke OnR Studio 16 Oktober lalu

MAn Kidal sudi menandatangani autgrafnya



Man Kidal bergambar dengan Olie dan Sham serta staf OnR Studio

Man Kidal bersama Olie dan Sham