Monday, October 25, 2010

VAN HALEN RARE-TRAMPLED UNDER FOOT

Lagu Van Halen yang tidak pernah di dengar!!!

Chris Gosset semalam sudah memuat naik gilerr banyak track atau musik Kumpulan Van Halen  di internet sepanjang karier kumpulan itu sejak 1976 hingga 2009. Korang mesti suka punyalah, sebab mesti ramai yang minat Van Halen ni kan?




Gosset meletakkan semua lagu-lagu yang tidak pernah di dengar itu online namun dia jugak letak lagu-lagu daripada himpunan "Tha Van Halen Circle" (termasuk Sammy Hagar, The Waboritas dan Chickenfoot). 


Ada jugak sesi jamming yang tidak pernah ditonton antaranya Eddie dan Roger Waters serta Patty Smyth. Dalam web ni, lagu yang dipaparkan hampir kesemuanya adalah 99 peratus lagu yang tidak pernah didengar wa cakap lu..



Paling latest pun daripada "New Van Halen" yang dipersembahkan dalam konsert oleh kumpulan itu sejak 2008 yang diadakan di Columbus, Ohio. 


Peminat, Van Halen.. apa lagi.. dengarlah lagu diaorang ni..


http://chrisgosset.com

Friday, October 22, 2010

kluang man by Ainan Tasneem.flv



Aduii.. sedap betul minah ni petik gitar kan? Inilah dia Ainan Tasneem.. Carilah ada page dia dalam Facebook. Haaa.. aku rasa ada baiknya juga aku kongsikan si dia ni punya kebolehan di sini.. hahaha yang ni Tasneem petik lagu Kluang Man.. layan je laa

Tuesday, October 19, 2010

OnR studio

Assalamualaikum to all jammers. Pihak OnR studio sangat terharu dan mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih diatas sokongan anda semua . Semasa "jamm session" dan re-branding studio serta logo lalu, kami ada mengwar-warkan kadar sewa studio terkini dan diskaun/members kad. Untuk makluman kepada jammers semua kadar baru kami adalah rm 28/= sejam. Manakala diskaun/members kad pula boleh dibeli dengan harga rm 10/=. keistimewaan nya adalah mendapat diskaun sebanyak rm 3/= untuk satu jam jamming, dan percuma satu jam setelah 10 jam jamm.

Tq, OnR Studio

"music is live"

Monday, October 18, 2010

Klik-klik kunjungan Man Kidal ke OnR Studio 16 Oktober lalu

MAn Kidal sudi menandatangani autgrafnya



Man Kidal bergambar dengan Olie dan Sham serta staf OnR Studio

Man Kidal bersama Olie dan Sham




berangan nak jadi rockstar??

pernah tak dalam seumur hidup korang, berangan nak jadi rock star. Tak kisahlah sebagai vokalis ke? gitaris ke? drummer ke? Aku rasa ramai yang di antara kita pernah terfikir nak jadi macam tu kan? biasaklah tu... kalau tengok Guns N Roses beraksi, Metallica ke? Nirvana zaman-zaman muda dulu kan? mesti korang berharap yang menyanyi tu korang. Sebab dapat ramai fans.. class..

Tapi korang tau tak? angan-angan tu bole jadi real jugak. Ada satu je tempat yang boleh bantu korang jadi rockstar. Korang boleh berlatih dan belajar di sana untuk capai impian bro-bro semua. Kalau nak, datanglah ke OnR Music Studio.. Jamming baik punya..


sign-sign band yang jam dekat OnR Studio
Inilah lokasinya wahai geng rock aku sekalian. Korang boleh jam berlatih di sini. Lokasinya tak jauh di Kota Damansara, Seksyen 4. Bayarannya..

Jam satu jam RM28
Korang boleh beli Diskaun Kad harga RM10
dengan kad tu korang dapat diskaun RM3 sejam selama 10 jam
Lepas korang habiskan semua 10 jam untuk 3 kad diskaun, korang dapat pulak lagi 1 jam F.O.C. cuma bawak jer kad ke kaunter untuk pengesahan....

Best lah tu, lagi gempak!!! bila korang beli je diskaun kad bernilai RM10 tu, korang secara automatik didaftarkan sebagai ahli OnR Studio.



Contoh Diskaun Kad OnR Music Studio
Harga kat studio ni kira memang berpatutan lah... Mana lagi tempat nak cari harga macam ni.. apa lagi.. jomlah jam...



Kumpulan Sweet 5 antara yang jam dan berlatih di studio ini


Set drum di salah satu daripada dua studio mereka


Sunday, October 17, 2010

lahirlah onrstudio.blogspot

Hari ini 18 Oktober menjadi tanda kelahiran satu lagi cabang kami di OnR Music Entertainment terutamanya OnR Studio iaitu blog onrstudio.blogspot.com. Blog ini akan mewujukan satu lagi spot atau tempat untuk anda mengetahui lebih banyak dan lanjut mengenai aktiviti OnR Studio. Sudilah kiranya, singgah dan berkunjung ke blog ini untuk sama-sama menyokong OnR Music.

Lagenda Rck Man Kidal sedang bincang sesuatu dengan Sham dan Olie

Sabtu lepas (16 Oktober 2010), gitaris lagenda negara Man Kidal sudi berkunjung ke studio kami untuk menjenguk dan memberi sokongan kepada aktiviti OnR Music Entertainment. Man Kidal menghabiskan beberapa ketika di studio jamming kami dan sudi juga berkongsi nasihat serta pendapat bagaimana untuk terus memperbaiki lagi khidmat atau peluang yang disediakan oleh OnR Music.

Lepas tu, Man Kidal sudi jugaklah memberikan pose khas kepada kami di OnR Studio.

Man Kidal bergambar kenangan bersama jammers yang datang pada Sabtu lalu

Kami semua ingin mengucapkan terima kasih dan salute kepada bro Man Kidal atas kunjungan selama dua jam ke OnR Music. Banyak input positif yang diberikan oleh beliau masa kat sana... Terima kasih juga kat bro Romel atas effort anda untuk membawa lagenda Rock itu ke studio kami.
Jadi, semua geng OnR Music, blog sudah ada.. apa lagi??